Tip-tip dalam peraturan ilmu Usulluddin
Page 1 of 1 • Share •
Tip-tip dalam peraturan ilmu Usulluddin
Dengan mana Allah yang maha pengasih lagi maha mengasihani, selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda, para sahabat, para ambiya, para aulia, para tabiin, para salafus solleh, para khalaf dan tidak lupa juga pada malaikat yang taat menjalani perintah allah hingga kehari kiamat. Al fatehah !
Assalamualaikum kepada anda yang di kasihi Allah,
Ilmu Usulluddin ini amat mudah di fahami sekirannya anda mengikut peraturan yang betul. Setalah itu nanti tidak sukar bagi anda untuk menyisihkan syirik nyata itu dari kehidupan harian anda. Dan InsyaAllah akan memudahkan anda untuk memahami isi kandungan Al quran dan Hadis yang sepatutnya kita semua imani dengan sepenuh jiwa dan raga kita.
Sebelum kita teruskan tip² yang berkaitan ilmu Usulluddin ini elok rasanya kita perhatikan terlebih dahulu mengapa kita perlu mempelajari ilmu usulluddin ini dan sampai mana kah had wajib kita mempelajari ilmu ini.
Soalan ; Mengapa kita belajar Ilmu Usulluddin.
Untuk mengenal Allah pada sifat kesempurnaan (sifat kamalat) maka itu lah ilmu usulluddin ini di pelajari.
Had wajibnya ialah apabila dapat kita bezakan antara kadim(kekal/sifat Allah) muhadas (binasa/hamba).
Ilmu Usulluddin ini juga di kenali sebagai; Ilmu sifat 20, Ilmu Aqidul Iman, ilmu kalam.
Ilmu ini juga menjurus kepada maksud 6 rukun iman yang wajib di imani oleh setiap mereka yang mengucap dua kalimah syahadah.
Pengasas Ilmu Usulluddin ini ia lah ; Hassan Asyaa'ri ( sila search nama tersebut untuk maklumat lanjut )
Apabila kita hendak mempelajari ilmu ini maka terlebih dahulu kita harus mengetahui akan beberapa hukum yang terkandung didalamnya.
Ada pun hukum syarak itu terbahagi kepada dua,
Jangan terlupa mengunakan petikan dari Al quran dan hadis sohih apabila kita ingin membahaskan Ilmu ini dan jangan sesekali menggunakan hadis doif atau hadis palsu. Quran adalah setinggi- tinggi hukum didalam agama. Apa jua yang terdapat didalam quran adalah bersifat mutawatir. Tidak boleh ditolak secara menyeluruh atau sebahagian. Jika kita menolak quran maka hukumnya adalah kafir. Ada pun ayat –ayat quran ini adalah bersifat ijmal . bagi menghuraikan sesuatu ayat atau tafsiranya maka hadis diperlukan. Hadis adalah hukum yang kedua setelah Quran. Dengan hadis inilah kita membentuk akidah dan melakukan ibadah terhadap Allah swt.
Hukum akal terbahagi kepada tiga,
Hukum akal pula terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama , wajib akal, kedua mustahil akal, dan yang ketiga harus akal. Akal ini adalah anugerah Allah kepada kita untuk berfikir dan menilai akan buruk dan baik sesuatu perkara. Didalam satu hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud. “ awal- awal yang Aku ciptakan ialah akal. Aku perintahkan ia mengadap maka mengadap ia, pergi engkau maka pergi ia’ . dengan akal inilah kita mengenal Allah berpandukan quran dan hadis.
Apabila membicarakan tentang Zat, Sifat Afaal jangan sesekali di samakan dengan sesuatu dan jangan sesekali menempatkan Zat, Sifat dan Afaal Allah seperti di atas, di bawah, di kiri , di kanan, di hadapan, di belakang, di dalam, di luar dan sebagainya.
Ilmu Usulludin ini berada di luar ruang lingkup Ilmu tasawuf. Ilmu ini akan rosak apabila tasawuf berada didalam nya.
Pengertian akal
Tiap –tiap individu yang hendak mengenal Allah swt pada sifat kamalatNya ( kesempurnaan ) hendaklah terlebih dahulu mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya. Kerana akal ini lah yang akan menentukan sama ada sifat itu diterima atau ditolak atau pun memungkinkan ya atau tidaknya sesuatu sifat bagi Allah taala itu. Wajib mengenal Allah , tetapi permulaan bagi wajib kenal itu mengenal akan hukum akal. Akal ini hendaklah ia berpandukan kepada dalil quran dan hadis. Jika mengunakan akal semata –mata tanpa berpandukan quran dan hadis akan rosaklah kehidupan ini. Jika tidak sempurna akal tidaklah berguna quran dan hadis. Ini bermakna ketiga –tiga perkara , quran , hadis dan akal fikiran yang sempurna hendaklah berjalan dengan serentak baru lah kebahgiaan didunia dan di akhirat akan dapat dicapai dengan sempurna.
WAJIB AKAL
Wajib akal ini terbahagi kepada dua bahagian.
Mustahil akal
Harus akal
Harus akal ini bermaksud , sesuatu perkara itu diputuskan kemungkinan atau kebarangkalian yang ianya boleh terjadi atau tidak. Harus akal ini terjadi dengan qudrat dan iradat Allah semata –mata. Sebagai contoh harus bagi Allah taala itu memasukkan orang yang melakukan kebaikan kedalam neraka dan orang yang melakukan kejahatan kedalam syurga. Walau bagaimana pun segala hukum akal ini akan terbatal jika terdapat wahyu. Bermakna quran adalah setinggi -tinggi hukum yang mana setiap manusia yang beriman dengannya wajib patuh kepada hukum syarak ini.
Kita lihat contoh bagaimana hukum akal terbatal dengan adanya wahyu. Harus bagi Allah taala itu memasukan seseorang yang membuat kebaikan kedalam neraka. Dan orang yang membuat kejahatan itu kedalam syurga. Dengan sifat kekuasaan Allah yang mutlak tidaklah siapa pun dapat mempertikaikan akan ketentuan Allah. Setelah dilihat pada dalil quran surah Al Zalzalah ayat 7 dan 8.

Bermaksud setiap amal kebaikan itu akan dihisab walau pun seberat zarah begitu juga amalan kejahatan itu akan dihisab walau pun seberat zarah
Maka terbatallah hukum harus itu. Kerana hukum harus itu terletak pada dalil akal. Tidaklah boleh dalil akal itu melebihi akan wahyu Allah. Begitulah dalil nakli (quran dan hadis ) dan dalil akal (akli ) digunakan didalam ilmu tauhid ini bagi mengenal sifat –sifat kamalat (kesempurnaan ) Allah swt itu.
Hukum adat.
Ialah satu penetapan atau penafian kepada sesuatu perkara yang dihukum dengan adat. (sesuatu kelaziman yang selalu berlaku ) tidak dihukum dengan akal fikiran atau pun hukum syara’. Sebagai contoh lapar bila tak makan, kenyang bila makan, dahaga kerana tak minum. Jika dilihat pada hukum akal perkara tersebut menyalahi pada adat. Kerana yang menentukan lapar dan kenyang itu adalah Allah. Banyak perkara –perkara yang terjadi jika dilihat menyalahi pada adat. Satu perkara yang sangat menyalahi pada adat tetapi wajib kita beriman dengannya. Iaitu ketika nabi saw diperjalankan dari masjidil haram diMekah ke masjidil Aqsa di Palastin , kemudian di angkat naik kelangit ke siddartul muntaha bertemu Allah, dalam jangka masa dua pertiga malam.
Peristiwa ini terjadi dengan qudrat dan iradat Allah swt. Ada dinyatakan didalam quran dan hadis nabi saw. Wajib kita beriman dengannya. Jika kita tak mempercayainya maka kafirlah kita pada ketika itu. Bermakna jika kita melihat sesuatu perkara yang menyalahi pada adat hendaklah diputuskan pada dalil akal (harus akal ) dengan berpandukan dalil quran dan hadis. Barulah terpelihara akidah kita.
Kesimpulan dari huraian diatas iaitu hukum yang tertinggi dari segala hukum ialah quran , kedua hadis nabi saw, ketiga hukum akal, dan yang keempat hukum adat. Inilah yang dikatakan pegangan atau akidah ahli sunah waljamaah (assya’ariyah). Selain dari pegangan ini ianya dianggap batal oleh ahli sunah waljamaah.
QADIM
Didalam bab qadim ini kita kena mengetahui selain dari Allah dan barang yang dijadikan oleh Allah ada yang qadim. Kerana itu perkataan qadim ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
Qadim hakiki
Ada sepuluh perkara barang yang qadim. Yang mana qadim ini ada permulaannya tetapi tiada kesudahannya.
Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Muhadas
Jika kita faham akan sifat kita dengan sifat Allah bermakna kita dapat membezakan antara qadim dengan muhadas pada zatNya.

- hukum syarak.
- hukum akal.
- hukum adat.
Ada pun hukum syarak itu terbahagi kepada dua,
- quran.
- hadis.
Jangan terlupa mengunakan petikan dari Al quran dan hadis sohih apabila kita ingin membahaskan Ilmu ini dan jangan sesekali menggunakan hadis doif atau hadis palsu. Quran adalah setinggi- tinggi hukum didalam agama. Apa jua yang terdapat didalam quran adalah bersifat mutawatir. Tidak boleh ditolak secara menyeluruh atau sebahagian. Jika kita menolak quran maka hukumnya adalah kafir. Ada pun ayat –ayat quran ini adalah bersifat ijmal . bagi menghuraikan sesuatu ayat atau tafsiranya maka hadis diperlukan. Hadis adalah hukum yang kedua setelah Quran. Dengan hadis inilah kita membentuk akidah dan melakukan ibadah terhadap Allah swt.
Hukum akal terbahagi kepada tiga,
- wajib akal.
- mustahil akal.
- harus akal.
Hukum akal pula terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama , wajib akal, kedua mustahil akal, dan yang ketiga harus akal. Akal ini adalah anugerah Allah kepada kita untuk berfikir dan menilai akan buruk dan baik sesuatu perkara. Didalam satu hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud. “ awal- awal yang Aku ciptakan ialah akal. Aku perintahkan ia mengadap maka mengadap ia, pergi engkau maka pergi ia’ . dengan akal inilah kita mengenal Allah berpandukan quran dan hadis.
Apabila membicarakan tentang Zat, Sifat Afaal jangan sesekali di samakan dengan sesuatu dan jangan sesekali menempatkan Zat, Sifat dan Afaal Allah seperti di atas, di bawah, di kiri , di kanan, di hadapan, di belakang, di dalam, di luar dan sebagainya.
Ilmu Usulludin ini berada di luar ruang lingkup Ilmu tasawuf. Ilmu ini akan rosak apabila tasawuf berada didalam nya.
Pengertian akal
Tiap –tiap individu yang hendak mengenal Allah swt pada sifat kamalatNya ( kesempurnaan ) hendaklah terlebih dahulu mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya. Kerana akal ini lah yang akan menentukan sama ada sifat itu diterima atau ditolak atau pun memungkinkan ya atau tidaknya sesuatu sifat bagi Allah taala itu. Wajib mengenal Allah , tetapi permulaan bagi wajib kenal itu mengenal akan hukum akal. Akal ini hendaklah ia berpandukan kepada dalil quran dan hadis. Jika mengunakan akal semata –mata tanpa berpandukan quran dan hadis akan rosaklah kehidupan ini. Jika tidak sempurna akal tidaklah berguna quran dan hadis. Ini bermakna ketiga –tiga perkara , quran , hadis dan akal fikiran yang sempurna hendaklah berjalan dengan serentak baru lah kebahgiaan didunia dan di akhirat akan dapat dicapai dengan sempurna.
WAJIB AKAL
Wajib akal ini terbahagi kepada dua bahagian.
- Wajib dharuri . membawa maksud sesuatu perkara yang tidak sukar untuk difikirkan , ianya diketahui dengan jalan mudah. Sebagai contoh satu tambah satu , jawapannya dua. Perkara ini telah menjadi kelaziman bagi kita , tidak perlu kepada huraian dan perbahasan. Wajib dhururi ini hukumnya fardhu ain bagi tiap – tiap mukhalaf lelaki dan perempuan. Ini adalah pendapat jumhur (sebahagian ) ulama.
- Wajib nazdari. Membawa maksud sesuatu perkara itu memerlukan huraian dan fikir akal secara mendalam (teperinci ). Juga memerlukan dalil dari quran dan hadis sebagai pengukuhan hujah. Wajib nadzari ini hukumnya fardhu kifayah bagi jumhur ulama, dan sebahgian lagi menghukumkan fardhu ain. Jika kita mendalami akan ilmu usulluddin ini kita akan mengetahui bahawa wajib nadzari ini adalah hukumnya fardhu ain.
Mustahil akal
- Mustahil akal juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mustahil dhururi dan mustahil nadzari.
Mustahil dhururi ini sama maksudnya dengan wajib dhururi, iaitu sesuatu pekara itu tidak memerlukan fikir akal yang mendalam. Mudah faham, sebagai contoh. Tidak diterima pada akal sesuatu bagunan yang tersergam indah itu boleh terjadi dengan sendiri nya. Mesti ada yang mendirikannya. - Mustahil nadzari. Membawa maksud sesuatu perkara itu memerlukan fikir akal dan dalil nakli (quran dan hadis ) untuk memutuskannya yang mana perkara tersebut tidak boleh diterima akal sama sekali. Sebagaimana Allah itu sifatNya dari tiada kepada ada. Perkara ini adalah mustahil pada akal.
Harus akal
Harus akal ini bermaksud , sesuatu perkara itu diputuskan kemungkinan atau kebarangkalian yang ianya boleh terjadi atau tidak. Harus akal ini terjadi dengan qudrat dan iradat Allah semata –mata. Sebagai contoh harus bagi Allah taala itu memasukkan orang yang melakukan kebaikan kedalam neraka dan orang yang melakukan kejahatan kedalam syurga. Walau bagaimana pun segala hukum akal ini akan terbatal jika terdapat wahyu. Bermakna quran adalah setinggi -tinggi hukum yang mana setiap manusia yang beriman dengannya wajib patuh kepada hukum syarak ini.
Kita lihat contoh bagaimana hukum akal terbatal dengan adanya wahyu. Harus bagi Allah taala itu memasukan seseorang yang membuat kebaikan kedalam neraka. Dan orang yang membuat kejahatan itu kedalam syurga. Dengan sifat kekuasaan Allah yang mutlak tidaklah siapa pun dapat mempertikaikan akan ketentuan Allah. Setelah dilihat pada dalil quran surah Al Zalzalah ayat 7 dan 8.

Bermaksud setiap amal kebaikan itu akan dihisab walau pun seberat zarah begitu juga amalan kejahatan itu akan dihisab walau pun seberat zarah
Maka terbatallah hukum harus itu. Kerana hukum harus itu terletak pada dalil akal. Tidaklah boleh dalil akal itu melebihi akan wahyu Allah. Begitulah dalil nakli (quran dan hadis ) dan dalil akal (akli ) digunakan didalam ilmu tauhid ini bagi mengenal sifat –sifat kamalat (kesempurnaan ) Allah swt itu.
Hukum adat.
Ialah satu penetapan atau penafian kepada sesuatu perkara yang dihukum dengan adat. (sesuatu kelaziman yang selalu berlaku ) tidak dihukum dengan akal fikiran atau pun hukum syara’. Sebagai contoh lapar bila tak makan, kenyang bila makan, dahaga kerana tak minum. Jika dilihat pada hukum akal perkara tersebut menyalahi pada adat. Kerana yang menentukan lapar dan kenyang itu adalah Allah. Banyak perkara –perkara yang terjadi jika dilihat menyalahi pada adat. Satu perkara yang sangat menyalahi pada adat tetapi wajib kita beriman dengannya. Iaitu ketika nabi saw diperjalankan dari masjidil haram diMekah ke masjidil Aqsa di Palastin , kemudian di angkat naik kelangit ke siddartul muntaha bertemu Allah, dalam jangka masa dua pertiga malam.
Peristiwa ini terjadi dengan qudrat dan iradat Allah swt. Ada dinyatakan didalam quran dan hadis nabi saw. Wajib kita beriman dengannya. Jika kita tak mempercayainya maka kafirlah kita pada ketika itu. Bermakna jika kita melihat sesuatu perkara yang menyalahi pada adat hendaklah diputuskan pada dalil akal (harus akal ) dengan berpandukan dalil quran dan hadis. Barulah terpelihara akidah kita.
Kesimpulan dari huraian diatas iaitu hukum yang tertinggi dari segala hukum ialah quran , kedua hadis nabi saw, ketiga hukum akal, dan yang keempat hukum adat. Inilah yang dikatakan pegangan atau akidah ahli sunah waljamaah (assya’ariyah). Selain dari pegangan ini ianya dianggap batal oleh ahli sunah waljamaah.
QADIM
Didalam bab qadim ini kita kena mengetahui selain dari Allah dan barang yang dijadikan oleh Allah ada yang qadim. Kerana itu perkataan qadim ini terbahagi kepada beberapa bahagian;
- Qadim zatti . tiada permulaan zat Allah itu.
- Qadim sifatti. Tiada permulaan sifat yang berdiri dengan zat itu.
- Qadim ithofi. Terdahulu sesuatu daripada sesuatu, seperti terdahulu bapa daripada anak.
- Qadim zamani. Lalu masa atas sesuatu sekurang- kurangnya satu tahun.
- Qadim hakiki . terhimpun kepada zat dan sifat Allah , tidak kepada yang lain.
Qadim hakiki
- wajib wujudNya
- wajib sedia adaNya
- wajib kekalNya
- wajib bersalahan dgn yg baharu
- wajib berdiri sendiri
- wajib esaNya
Ada sepuluh perkara barang yang qadim. Yang mana qadim ini ada permulaannya tetapi tiada kesudahannya.
- Sekelian nikmat syurga.
- Azab neraka.
- Ajbul zanbi. Tulang kecil yang terletak dihujung tulang belakang manusia.
- Jasad sekelian nabi –nabi dan rasul- rasul.
- Sekelian yang mati syahid.
- Sekelian roh
- Arasy
- Qursi
- Loh mahfuz
- Kalam.
Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan Muhadas
- harus wujudnya
- baharu ada permulaan
- menerima binasa
- bersamaan dgn yg baharu
- tidak boleh berdiri sendiri
- berbilang.
Jika kita faham akan sifat kita dengan sifat Allah bermakna kita dapat membezakan antara qadim dengan muhadas pada zatNya.

Admin- Admin
- Posts: 10
Join date: 03/02/2012

Similar topics» Peraturan Menggunakan ForumBI
» Sumbangan R&D dalam sektor pertanian
» Keutamaan Penyelidikan di Dalam Bidang Bioteknologi
» Perlunya mempelajari ilmu asas fardhu ain sebelum bertasauf. Biar tauhid serba Tuhan syariat jangan lintang-pukang.
» Kepentingan sektor pertanian dalam pembangunan negara

Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum